Selangor tekad kekal negeri contoh, terus pertingkat kualiti perkhidmatan – MB

18 Apr 2026, 1:00 PM
Selangor tekad kekal negeri contoh, terus pertingkat kualiti perkhidmatan – MB

PETALING JAYA, 18 APRIL: Kerajaan Negeri tekad untuk terus mempertingkat kualiti penyampaian perkhidmatan bagi memastikan Selangor kekal sebagai contoh terbaik di Malaysia.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pentadbiran negeri tidak hanya mengekalkan prestasi, malah tekad menambah baik kelemahan serta sentiasa peka terhadap perubahan semasa.

“Kita belajar daripada kesilapan-kesilapan yang berlaku, kita ambil tahu. Selangor bukan sempurna, tetapi insya-Allah, janji saya kalau ada pentadbiran yang sedia ada hari ini, kita akan sentiasa prihatin, cakna dengan sebarang perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Iltizam Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat Cabang Petaling Jaya dan Penyelaras DUN Taman Medan di Dataran Anak Muda PJS 1, petang tadi.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan Penyelaras DUN Taman Medan Halimey Abu Bakar (kiri) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak dalam Majlis Rumah Terbuka Iltizam Aidilfitri 2026 Penyelaras DUN Taman Medan di Dataran Anak Muda PJS1, Petaling Jaya pada 18 April 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Menurutnya, setiap dasar dan perancangan kerajaan negeri akan terus memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat.

“Akhirnya kita nak jaga kesejahteraan, kestabilan, perpaduan dan keharmonian negeri yang kita cintai ini,” katanya.

Beliau berkata usaha berterusan itu penting bagi memastikan Selangor kekal sebagai negeri yang bukan sahaja maju, tetapi turut membawa manfaat menyeluruh kepada rakyat serta menjadi peneraju di peringkat nasional.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (belakang, tengah) bersama penerima sumbangan Program Kembali Ke Sekolah dalam Majlis Rumah Terbuka Iltizam Aidilfitri 2026 Penyelaras DUN Taman Medan di Dataran Anak Muda PJS1, Petaling Jaya pada 18 April 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.