Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri hingga 1 tengah hari

17 Apr 2026, 3:16 AM
Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri hingga 1 tengah hari

KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri yang dijangka terjejas ialah Perak (Bagan Datuk dan Hilir Perak), Pahang (Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Port Dickson).

Turut terjejas Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian) serta Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Samarahan dan Sri Aman.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.