Tiada perubahan jadual, penerbangan haji bermula Sabtu ini

15 Apr 2026, 7:56 AM
Tiada perubahan jadual, penerbangan haji bermula Sabtu ini
Tiada perubahan jadual, penerbangan haji bermula Sabtu ini
Tiada perubahan jadual, penerbangan haji bermula Sabtu ini
Tiada perubahan jadual, penerbangan haji bermula Sabtu ini

SHAH ALAM, 15 APRIL: Jadual penerbangan jemaah haji Malaysia bagi musim 1447H/2027M kekal seperti dirancang tanpa sebarang perubahan, sekali gus memberi keyakinan kepada bakal jemaah yang akan berlepas bermula Sabtu ini.

Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air (OHTA), Lembaga Tabung Haji (TH), Mohd Norber Kassim memaklumkan penerbangan pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan melibatkan 284 jemaah.

Menurut beliau, TH sentiasa memantau perkembangan semasa dengan merujuk kepada syarikat penerbangan, khususnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan gangguan termasuk konflik di Asia Barat.

“Setakat ini TH telah bekerjasama dengan Malaysia Airlines (MAS) dan pihak Saudia Airlines (Saudia) yang menyediakan penerbangan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa penerbangan musim haji kali ini dijangka berjalan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

“Insya-Allah penerbangan akan mengikut ketetapan dan keperluan yang telah dirancang,” katanya lagi, lapor Harian Metro.

Terdahulu, media dibawa meninjau persiapan operasi haji di Movenpick Hotel & Convention Centre (MHCC) yang berperanan sebagai stesen pelepasan utama jemaah.

Dalam lawatan tersebut, pihak media diberi taklimat mengenai aliran pergerakan jemaah dari balai berlepas di MHCC ke KLIA, termasuk proses dokumentasi, pengurusan bagasi dan pemeriksaan pasport.

Mohd Norber turut memaklumkan bahawa persiapan keseluruhan kini hampir siap sepenuhnya melibatkan operasi di tanah air dan juga di Tanah Suci.

“Saya boleh katakan persiapan hampir 100 peratus, mungkin ada penyesuaian kecil disebabkan arahan baharu, tetapi secara keseluruhannya kita sudah bersedia di semua sektor,” katanya.

Tambah beliau, lapan stesen pelepasan diselaraskan dengan MHCC, Sepang sebagai stesen utama dan semua agensi berkaitan telah bekerjasama memastikan kelancaran operasi.

Untuk rekod, penerbangan jemaah haji ke Tanah Suci dijadualkan berlangsung dari 18 April hingga 20 Mei, manakala penerbangan pulang bermula 4 hingga 30 Jun, melibatkan 100 penerbangan khas untuk membawa 31,600 jemaah Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.