Isu banjir, jalan, cerun di Kuala Langat ditangani secara menyeluruh

15 Apr 2026, 5:27 AM
Isu banjir, jalan, cerun di Kuala Langat ditangani secara menyeluruh

SHAH ALAM, 15 APRIL: Masalah berkaitan banjir, jalan dan cerun di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) akan ditangani secara menyeluruh demi kesejahteraan rakyat.

EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim berkata perkara itu dibincang dan diteliti secara menyeluruh bersama agensi teknikal iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Kerjaya Raya.

“Ini bagi mendapatkan gambaran serta penyelesaian lebih berkesan. Yang penting, setiap isu dibangkitkan tidak hanya dibincang tetapi akan disusuli dengan tindakan yang jelas dan terarah.

“Insya-Allah usaha berterusan ini adalah demi memastikan kesejahteraan rakyat dan pembangunan Selangor lebih mampan,” katanya di Facebook.

Terdahulu Izham mengadakan lawatan kerja dan mesyuarat bersama MPKL bagi meneliti isu infrastruktur yang memberi kesan langsung kepada rakyat.

Awal tahun ini, Dato’ Menteri Besar mengingatkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya memberi tumpuan terhadap pengurusan sisa pepejal, bencana banjir serta infrastruktur jalan.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, penekanan itu selari dengan kejayaan Kerajaan Negeri mencatatkan pencapaian hasil yang signifikan sepanjang tahun 2025.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.