Amaran ribut petir hingga 9 pagi ini, beberapa negeri terjejas

14 Apr 2026, 11:30 PM
Amaran ribut petir hingga 9 pagi ini, beberapa negeri terjejas

SHAH ALAM, 15 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 9 pagi ini.

Antara kawasan terjejas ialah Kedah melibatkan Yan dan Kuala Muda, serta Pulau Pinang termasuk Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara.

Di Selangor, kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang, manakala di Negeri Sembilan melibatkan Port Dickson serta seluruh Melaka.

Johor turut terjejas melibatkan Tangkak, Muar dan Batu Pahat.

Di Sarawak, amaran melibatkan kawasan Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei serta Mukah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku dalam tempoh lebih sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan mengelakkan aktiviti luar sepanjang tempoh cuaca buruk tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.