Amaran ribut petir di lima daerah di Selangor hingga 9 malam

31 Okt 2026, 10:13 AM
Amaran ribut petir di lima daerah di Selangor hingga 9 malam
Amaran ribut petir di lima daerah di Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 31 OKT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri termasuk Selangor sehingga jam 9 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) kawasan terlibat di Selangor ialah Hulu Selangor, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling dan Gombak.

Selain itu daerah yang turut terjejas ialah Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Baling, Sik, Pendang, Kuala Muda dan Yan di Kedah, Perak (Selama, Larut Matang, Manjung, Kerian dan Hulu Perak), Terengganu (Dungun) dan Pahang (Jerantut dan Lipis).

Negeri dan daerah lain yang terlibat ialah di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Tampin), Melaka (Jasin) dan Johor (Tangkak dan Muar).

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia pada jam 5.45 petang, 31 Oktober 2026. Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Di Sarawak amaran sama membabitkan Kapit (Song dan Kapit), Miri (Marudi, Miri, Beluru dan Bario), Limbang, Sri Aman (Pantu, Lingga dan Lubok Antu), Sibu (Sibu dan Selangau), Bintulu (Tatau), Kuching (Lundu) manakala di Sabah pula ialah di Pedalaman, Pantai Barat (Papar dan Ranau), Sandakan (Tongod, Telupid dan Paitan) serta Labuan.

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dan sah bagi tempoh tidak melebihi enam jam untuk setiap keluaran.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.