Seluruh Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 7 malam

13 Apr 2026, 9:11 AM
Seluruh Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 13 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada jam 4.10 petang, antara kawasan terjejas ialah Kedah, Pulau Pinang dan Perak melibatkan beberapa daerah termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak serta Kinta.

Di Pantai Timur, amaran melibatkan Pahang termasuk Jerantut, Kuantan dan Rompin, manakala Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut dijangka mengalami cuaca buruk.

Negeri Sembilan melibatkan Seremban dan Port Dickson, selain Johor yang melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai serta Johor Bahru.

Di Malaysia Timur, kawasan terjejas termasuk Kuching, Serian dan Limbang di Sarawak, manakala di Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku dalam tempoh lebih sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.