Jabatan Penjara siasat video tahanan lolos dari kawalan

13 Apr 2026, 8:16 AM
Jabatan Penjara siasat video tahanan lolos dari kawalan

SHAH ALAM, 13 APRIL: Jabatan Penjara Malaysia menyiasat video tular yang memaparkan seorang tahanan reman dipercayai meloloskan diri daripada kawalan polis di perkarangan Penjara Sungai Buloh.

Dalam kenyataan hari ini, jabatan itu memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi mengesahkan ketulenan serta sumber asal rakaman berkenaan.

“Jabatan ini sedang meneliti kesahihan serta sumber video tersebut,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, Jabatan Penjara menegaskan keselamatan institusi pemulihan kekal sebagai keutamaan dan sebarang kelemahan yang dikenal pasti akan ditambah baik segera.

Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati cuai atau melanggar peraturan.

Orang ramai turut diingatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan serta ketenteraman awam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.