Amaran ribut petir di banyak negeri hingga 5 petang

13 Apr 2026, 7:31 AM
Amaran ribut petir di banyak negeri hingga 5 petang

SHAH ALAM, 13 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 5 petang ini.

Antara kawasan terjejas ialah Kedah melibatkan Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, selain Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan).

Di Perak, amaran melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Batang Padang dan Muallim, manakala di Pahang melibatkan Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Bagi Selangor, kawasan terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat termasuk Kuala Lumpur.

Negeri Sembilan melibatkan Seremban dan Rembau, manakala di Johor melibatkan Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sabah pula, kawasan terjejas termasuk Pedalaman, Pantai Barat, Tawau serta Kudat.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku dalam tempoh lebih sejam.

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan mengelakkan aktiviti luar sepanjang tempoh cuaca buruk tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.