Wawancara Bersama Tokoh Kultus

11 Apr 2026, 12:30 AM
Wawancara Bersama Tokoh Kultus

Oleh A’riff Mustaffa Hamzah

Ilustrasi Muizzah

bagaimana rasa menunggang agama sejak seusia lama,

mungkinkah seperti memacu kuda arab paling gagah

merentas padang antartika?

sesudah berkhutbah penuh karisma

& sedikit persembahan silap mata

di hadapan kultusmu, tuan paragon

mereka sedia mencurah darah

rela mengabdi seluruh serah

tuan cuma bersandar

menjulang gelas anggur

lagak bagai jay gatsby

versi leonardo dicaprio.

tenang, ia tanpa alkohol.

“berikan saya percaya

nescaya akan kalian saksikan

manusia juga tercipta dari cahaya.”

tuan menjanjikan sesuatu, namun

samar & kelabu. meski tak ada

yang pasti, mereka setia menanti

keajaiban tuan muncul di tapak kaki

misalnya awan terbang, atau

berlari ninja menyeberang lautan.

elegan sekali jam tangan tuan.

adakah terjual atas talian?

wah, rupanya ada lima saja

di alam semesta raya.

berikan tepukan paling gemuruh

kepada tokoh kultus kita.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.