Mata Hari Akan Celik

24 Okt 2026, 12:30 AM
Mata Hari Akan Celik

Oleh M. Emir

Ilustrasi Muizzah

Apakah kau mendengar / doa hujung tajam rumput ? / Yang menghitung tarikh mati / tatkala hijau darah/ mengalir ditusuk samurai tengkujuh / & adakah kau mendengar / suara anak burung / kecil & comel / dicurangi bunga / ia berkicau / “o iris biru. Kau tidak lagi. Mentaatiku.” Atau di sisi bunga yang hanyut / ia bersajak / “ o iris biru. Kau tidak lagi lunak, sayang. Dengan puisi-puisiku.” Apakah kau mendengar / seekor burung menjadi bangkai / ketika mata air matahari mengalir / laju seperti sungai / oh sungai cahaya /


Kategoriseni budaya

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.