19 pelajar DUN Batu Tiga terima bantuan kemasukan ke universiti

10 Apr 2026, 3:33 AM
19 pelajar DUN Batu Tiga terima bantuan kemasukan ke universiti

SHAH ALAM, 10 APRIL: Seramai 19 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga menerima bantuan kemasukan ke universiti sebagai sokongan awal untuk memulakan pengajian di institusi pengajian tinggi.

Wakil rakyatnya, Danial Al-Rashid Haron berkata inisiatif itu bertujuan meringankan beban kewangan keluarga, khususnya bagi menampung kos awal seperti yuran pendaftaran, penginapan dan keperluan asas pelajar.

"Bantuan disalurkan antara RM200 hingga RM300 bergantung kepada latar belakang keluarga, dengan keutamaan diberikan kepada golongan B40 serta pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah pertama.

"Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk memastikan anak-anak Batu Tiga mendapat sokongan sewajarnya dalam melangkah ke alam pendidikan tinggi," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menambah, usaha itu akan terus diperkasa dan diperluas bagi membantu lebih ramai pelajar, khususnya daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.

"DUN Batu Tiga akan sentiasa berusaha meringankan beban keluarga, khususnya dalam aspek pendidikan dan pembangunan generasi muda," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.