SHAH ALAM, 7 APRIL: Suami kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Mariam Abdul Rashid meninggal dunia tengah malam tadi.
Menerusi perkongsian di Facebook, Mariam memaklumkan Allahyarham Abu Bakar Din menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 tengah malam.
"Dukacita dimaklumkan suami saya telah kembali ke rahmatullah pada 7 April 2026, jam 12.30 tengah malam sebentar tadi.
"Jenazah akan dibawa balik ke kediaman arwah di Lot 1866, Lorong 8, Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh," katanya.
Beliau berkata, urusan pengurusan jenazah akan dilaksanakan hari ini.
"Doakan semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.








