Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor dan beberapa negeri

7 Apr 2026, 1:11 AM
Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor dan beberapa negeri

SHAH ALAM, 7 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 12 tengah hari ini.

Di Selangor, kawasan terjejas melibatkan Klang dan Kuala Langat.

Selain itu, Perlis serta Kedah merangkumi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Kulim turut terlibat.

Keadaan sama juga diramal berlaku di Pulau Pinang (Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah) serta Johor membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.