SHAH ALAM, 6 APR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di Selangor, Melaka dan Johor sehingga jam 10 pagi ini.
Antara kawasan terjejas di Selangor ialah Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat.
Di Melaka, kawasan terlibat meliputi Alor Gajah dan Melaka Tengah, manakala di Johor melibatkan Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
MetMalaysia memaklumkan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku dalam tempoh berkenaan.
Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlarutan lebih satu jam.
Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan mengelakkan aktiviti luar sepanjang tempoh cuaca buruk.






