Amaran hujan lebat di KL, Selangor hingga 9 malam

2 Apr 2026, 11:27 AM
Amaran hujan lebat di KL, Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 2 APRIL: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda enam daerah di Selangor hingga 9 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), daerah tersebut ialah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Amaran sama dikeluarkan di Kuala Lumpur dan Putarajaya selain beberapa Kawasan di Perak, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.