Polis kesan lelaki rakam bawah skirt wanita

31 Mac 2026, 4:26 AM
Polis kesan lelaki rakam bawah skirt wanita

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Polis sedang mengesan lelaki yang merakam bawah skirt seorang wanita di sebuah premis membeli-belah di Subang Jaya dengan rakaman video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 1.16 petang Ahad lepas dan siasatan juga dijalankan untuk mengenal pasti mangsa terlibat.

“Siasatan awal mendapati video yang tular di Facebook dan Instagram memaparkan seorang lelaki memegang telefon bimbit disyaki merakam atau mengambil gambar di bawah skirt pelanggan wanita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan atau berkongsi video atau rakaman yang boleh menjejaskan maruah mangsa serta mengganggu siasatan pihak polis.

Mereka mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Siti Sarah Johari menerusi talian 013-209 7958 atau 03-78627222 atau hadir di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.