Keputusan SPM 2025 diumum hari ini, boleh semak mulai 10 pagi

31 Mac 2026, 12:19 AM
Keputusan SPM 2025 diumum hari ini, boleh semak mulai 10 pagi

SHAH ALAM, 31 MAC: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan diumumkan hari ini melibatkan seramai 413,299 calon di seluruh negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini memaklumkan semua calon menduduki peperiksaan itu di 3,350 pusat peperiksaan.

Menurut KPM, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah bermula jam 10 pagi.

Bagi calon persendirian pula, keputusan boleh diperoleh dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar.

“Pihak sekolah diminta memastikan pengurusan penyerahan keputusan dilaksanakan secara cekap dan teratur,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, keputusan juga boleh disemak secara dalam talian melalui laman sesawang myresultspm.moe.gov.my bermula jam 10 pagi hari ini sehingga 6 petang, 6 April depan.

Semakan turut boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM<NoKPAngkaGiliran> dan menghantarnya ke 15888 dalam tempoh sama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.