Amaran ribut petir: Selangor, Negeri Sembilan antara terjejas petang ini

30 Mac 2026, 6:30 AM
Amaran ribut petir: Selangor, Negeri Sembilan antara terjejas petang ini

SHAH ALAM, 30 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak sehingga jam 4 petang ini.

Antara kawasan terlibat ialah Bentong di Pahang; Hulu Langat di Selangor; serta beberapa daerah di Negeri Sembilan termasuk Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.

Di Sarawak, amaran melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Mukah (Daro).

Menurut MetMalaysia, ribut petir disertai hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku dalam tempoh berkenaan, dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan mengelakkan aktiviti luar ketika cuaca buruk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.