Geran baharu MBPJ buka peluang komuniti gerak program sendiri

30 Mac 2026, 8:00 AM
Geran baharu MBPJ buka peluang komuniti gerak program sendiri
Geran baharu MBPJ buka peluang komuniti gerak program sendiri
Geran baharu MBPJ buka peluang komuniti gerak program sendiri

SHAH ALAM, 30 MAC: Seramai 34 wakil Persatuan Penduduk dan Rukun Tetangga sekitar DUN Bandar Utama menghadiri pelancaran Geran Pro Komuniti yang berlangsung semalam.

Wakil rakyat Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin berkata inisiatif diperkenalkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu bertujuan memperkasa komuniti akar umbi melalui pelbagai program melibatkan keselamatan kejiranan, kelestarian alam sekitar, aktiviti sosial, penglibatan belia serta pembangunan komuniti setempat.

Menurutnya, geran tersebut memberi peluang kepada komuniti merancang dan melaksanakan program yang memberi impak langsung kepada penduduk.

Pada masa sama, MBPJ turut berkongsi beberapa inisiatif sedia ada seperti PJ Seed, PJ Green Rebate dan Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya (PKKPJ) yang boleh dimanfaatkan bagi menyokong pembangunan komuniti secara menyeluruh.

Jamaliah berkata pelaksanaan geran itu diharap dapat memperkukuh jaringan kejiranan, meningkatkan kesejahteraan penduduk serta membina komuniti yang lebih mampan dan inklusif.

Majlis turut dihadiri wakil MBPJ serta pemimpin komuniti setempat termasuk ahli majlis zon dan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.