Tiada kawasan rekod gelombang haba tahap 2 setakat pagi ini

30 Mac 2026, 1:48 AM
Tiada kawasan rekod gelombang haba tahap 2 setakat pagi ini

KUALA LUMPUR, 30 MAC: Tiada kawasan di negara ini merekodkan gelombang haba Tahap 2 setakat 6 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Berdasarkan data dikemas kini jabatan itu, seluruh Perlis dan sembilan daerah di Kedah merekodkan cuaca panas Tahap 1 atau status berjaga-jaga.

Daerah yang terlibat di Kedah ialah Sik, Padang Terap, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kota Setar, Kuala Muda dan Baling.

Semalam, beberapa kawasan di Kedah mula menerima hujan antaranya daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Kuala Muda sekali gus membawa kelegaan kepada penduduk setempat.

Keadaan itu selari dengan fasa peralihan monsun yang lazimnya membawa hujan atau ribut petir pada waktu berkenaan.

Status berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius, manakala Tahap 2 (gelombang haba) merujuk kepada suhu melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius.

Kedua-dua tahap tersebut direkodkan sekiranya suhu berkenaan berlaku bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.