MBDK tawar diskaun kompaun serendah RM15 sepanjang April

27 Mac 2026, 4:10 AM
MBDK tawar diskaun kompaun serendah RM15 sepanjang April

SHAH ALAM, 27 MAC: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengadakan kempen pengurangan bayaran kompaun letak kereta dan trafik bagi membantu meringankan beban kewangan khususnya mereka yang mempunyai tunggakan saman.

MBDK memaklumkan inisiatif itu menawarkan diskaun kadar kompaun bermula 1 hingga 30 April ini dengan kadar serendah RM15.

Menurut kenyataan MBDK, kempen berkenaan bertujuan meningkatkan kutipan kompaun selain memberi peluang kepada orang ramai melunaskan bayaran tanpa dikenakan kadar penuh.

“Orang ramai digesa merebut peluang ini sebelum tempoh kempen berakhir bagi mengelakkan tindakan lanjut termasuk pendakwaan di mahkamah,” menurut kenyataan itu.

Semakan dan pembayaran boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi majlis, aplikasi Smart Parking MBDK, aplikasi Smart Selangor Parking serta perkhidmatan dalam talian Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Selain itu, kemudahan pembayaran turut disediakan menerusi mesin i-Kiosk di beberapa lokasi terpilih.

Berikut lokasi mesin i-Kiosk:

  • Ruang Kiosk, Lobi Ibu Pejabat MBDK Bangunan Sultan Alam Shah

  • Pejabat Cawangan MBDK, Kompleks Pasar Besar, Jalan Meru

  • Pejabat Cawangan MBDK, Jalan Tengku Kelana

  • Pejabat Cawangan MBDK, Jalan Raya Barat

  • Ruang Legar Pasaraya GM Klang

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.