Air Empangan Timah Tasoh mampu bertahan 81 hari lagi

26 Mac 2026, 2:34 PM
Air Empangan Timah Tasoh mampu bertahan 81 hari lagi

KANGAR, 26 MAC: Takungan air Empangan Timah Tasoh, Beseri, di Padang Besar dianggarkan mampu bertahan 81 hari lagi sekiranya masih tiada hujan dan cuaca panas berterusan di Perlis.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis Amir Budiman Abdullah berkata bacaan paras air empangan itu pada pagi tadi merekodkan 26.72 meter yang dikategorikan sebagai belum kritikal pada masa ini.

"Nasihat kepada pengguna air ketika ini adalah supaya semua orang di Perlis tidak kira sektor mana sekali pun hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan tidak membazir, hanya guna pada perkara yang sangat perlu sahaja," katanya menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Sementara itu, menerusi Facebook rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kemas kini status cuaca panas setakat 4 petang tadi, terdapat lima kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) termasuk Perlis.

Terdahulu, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menunaikan solat sunat Al-Istisqa’ bagi memohon hujan bersama hampir 1,000 jemaah terdiri daripada pemimpin dan rakyat negeri itu di Dataran Istiadat, Istana Arau, di Arau pagi tadi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.