SHAH ALAM, 22 MAC: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mempertingkat penguatkuasaan jualan lemang dan bunga api di sekitar Ampang Jaya sempena Aidilfitri.
Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan pemantauan dijalankan bagi memastikan pematuhan peraturan selain mengelak gangguan lalu lintas dan risiko keselamatan.
Hasil tinjauan mendapati keadaan masih terkawal tanpa kesesakan serius, dengan bantuan petugas di lokasi tumpuan.
“MPAJ tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan terhadap peniaga yang ingkar,” katanya menerusi Facebook.
Orang ramai diminta bekerjasama dengan mematuhi arahan bagi memastikan suasana perayaan kekal selamat dan teratur.








