MPAJ pergiat pemantauan kebersihan, pastikan kutipan sampah lancar 1 Syawal

21 Mac 2026, 9:30 AM
MPAJ pergiat pemantauan kebersihan, pastikan kutipan sampah lancar 1 Syawal

SHAH ALAM, 21 MAC: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melalui Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan mempergiat pemantauan kutipan sisa pepejal serta kerja pembersihan awam sepanjang 1 Syawal bagi memastikan persekitaran kekal bersih dan terurus.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi kenyataan di Facebook memberitahu pemantauan itu melibatkan kutipan sisa domestik di kawasan strata, komersial serta taman perumahan yang dikendalikan KDEB Waste Management (KDEBWM).

"Kerja-kerja pembersihan awam juga turut dilaksanakan di kawasan tumpuan dengan pemantauan secara berterusan oleh pihak jabatan. Ini bagi memastikan persekitaran kekal bersih, teratur dan selesa untuk kegunaan penduduk," katanya.

Sehubungan itu, MPAJ menyeru orang ramai supaya turut memainkan peranan dengan membuang sampah di tempat yang disediakan serta mengamalkan sikap bertanggungjawab demi kesejahteraan bersama.

MPAJ turut merakamkan penghargaan kepada KDEBWM atas komitmen berterusan walaupun dalam musim perayaan bagi memastikan perkhidmatan kebersihan tidak terjejas sepanjang sambutan Aidilfitri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.