Harga barang stabil, subsidi kekal, warganet puji kerajaan menjelang Aidilfitri

20 Mac 2026, 7:15 AM
Harga barang stabil, subsidi kekal, warganet puji kerajaan menjelang Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 20 MAC: Sentimen positif dalam kalangan warganet menjelang Aidilfitri terus ketara, khususnya berkaitan kestabilan harga barang keperluan dan kesinambungan subsidi kerajaan.

Secara keseluruhan, pemantauan harga yang proaktif oleh kerajaan dan ketersediaan barangan pada harga berpatutan melalui mekanisme subsidi telah mewujudkan suasana sambutan perayaan yang lebih tenang dan positif dalam kalangan masyarakat.

Di media sosial Threads dan X khususnya, pengguna berkongsi pengalaman harga barangan asas yang masih mampu milik di pasaran, selain memuji langkah kerajaan mengekalkan subsidi bahan api.

Pengguna @huzaiyop berkongsi pemerhatiannya mengenai harga barangan di pasar raya, termasuk ayam sekitar RM7.60 sekilogram dan bawang pada harga RM2 sekilogram, selain bekalan minyak masak peket yang mencukupi.

“Tiga tahun raya tidak ada masalah harga barang. Terbaik Kerajaan MADANI,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, @tubickhabis menyifatkan suasana menjelang Aidilfitri berjalan lancar dengan harga barang yang terkawal serta tempoh cuti panjang yang memberi ruang kepada rakyat pulang ke kampung.

“Masjid penuh, harga barang terkawal, cuti panjang. Alhamdulillah. Jom lah kita kekalkan kerajaan yang berfungsi ni,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa pengguna lain turut menyatakan penghargaan terhadap kestabilan harga bahan api menjelang musim perayaan.

Pengguna @muhammadnajib79 berkata situasi di stesen minyak yang sesak mencerminkan pergerakan pulang beraya, selain mengingatkan harga RON95 di bawah inisiatif BUDI95 kekal RM1.99 seliter.

“Again makes you grateful being a Malaysian. Di musim perayaan ini, kalau pam minyak sesak sekalipun sebab orang berpusu-pusu pulang beraya. Semalam kerajaan umum BUDI95 kekal RM1.99 …” katanya.

Pengguna @surayaror pula menyifatkan kestabilan bekalan petrol sebagai satu kelegaan besar ketika musim perayaan.

“Bayangkan kalau petrol tiada lagi musim raya ni. Sangat sangat syukur. Dapat diskaun tol lagi,” katanya.

Pandangan sama turut dikongsi @Blairispretty yang menegaskan kepentingan menghargai usaha mengekalkan subsidi.

“Ramai betul yang tidak tahu bersyukur. Malaysia masih boleh nak kekalkan harga subsidi,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @4177R berkata inisiatif BUDI95 membantu mengurangkan beban rakyat. “Kalau tiada BUDI95 ni, mahu menangis bayar harga semasa. Terima kasih MADANI,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan harga RON95 kekal pada RM1.99 seliter di bawah inisiatif BUDI95 serta pemberian diskaun tol sempena Aidilfitri bagi mengurangkan kos perjalanan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.