Ibu, bayi perempuan maut kemalangan empat kenderaan di Gua Musang

11 Okt 2026, 12:16 PM
Ibu, bayi perempuan maut kemalangan empat kenderaan di Gua Musang

SHAH ALAM, 11 OKT: Seorang ibu bersama bayi perempuannya maut dalam kemalangan empat kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Paloh 3, Gua Musang di sini, hari ini

Kemalangan itu membabitkan tiga kereta jenis Produa Myvi dan sebuah motosikal jenis Yamaha Modenas, dengan keseluruhan sembilan mangsa, lapor Berita Harian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima makluman tentang kejadian berlaku jam 5.10 petang tadi.

"Setiba di lokasi kami dapati dua mangsa iaitu seorang ibu dan bayi perempuan meninggal dunia, manakala seorang pemandu Perodua Myvi tersepit.

"Selain dua maut, tujuh mangsa cedera dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.