Program Bingkisan Raya DUN Tanjong Sepat bantu golongan tercicir

17 Mac 2026, 12:00 PM
Program Bingkisan Raya DUN Tanjong Sepat bantu golongan tercicir
Program Bingkisan Raya DUN Tanjong Sepat bantu golongan tercicir
Program Bingkisan Raya DUN Tanjong Sepat bantu golongan tercicir
Program Bingkisan Raya DUN Tanjong Sepat bantu golongan tercicir
Program Bingkisan Raya DUN Tanjong Sepat bantu golongan tercicir

KUALA LANGAT, 17 MAC: Program Bingkisan Hari Raya 2026 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Sepat memberi tumpuan membantu golongan tercicir sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

Ahli Dewan Negeri Tanjong Sepat, Datuk Borhan Aman Shah berkata inisiatif itu dilaksanakan bagi memastikan mereka yang tidak lagi menerima bantuan tetap disantuni.

“Program ini dibuat kerana saya melihat mungkin ada kita terlepas pandang, yang mungkin pada tahun lepas mereka dapat Jom Shopping tetapi tahun ini dah tak dapat kerana utamakan mereka yang belum dapat,” katanya.

EXCO Perumahan dan Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah bercakap kepada media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf DUN Tanjung Sepat di Dewan Kebudayaan Homestay Pantai Batu Laut, Kuala Langat pada 17 Mac 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata demikian ketika ditemui Media Selangor pada program berkenaan di Dewan Kebudayaan Pantai Batu Laut di sini hari ini.

Menurutnya, bantuan berbentuk keperluan asas melibatkan ayam, beras lima kilogram dan kuih bahulu diagihkan kepada 100 penerima di kawasan tersebut.

Katanya, program itu turut dilengkapi inisiatif tambahan “Monjong Raya” dengan pengagihan 1,000 pek nasi briyani kepada pengguna jalan raya dan penduduk sekitar esok.

Sementara itu, penerima Mohd Amirul Izwan, 37, berkata sumbangan tersebut membantu meringankan beban keluarganya menjelang Aidilfitri.

Beliau yang berkerusi roda sejak 2021 akibat kemalangan kini membantu mentua berniaga bagi menyara isteri dan dua anak.

Mohd Amirul Izwan, 37, dari Kampung Tanjung Sepat. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

"Saya berterima kasih kepada Datuk Borhan kerana dapat bantu orang susah," katanya.

Seorang lagi penerima, Nurhamizah Mohd Ali, 35, berkata beliau bersyukur kerana pertama kali menerima bantuan tersebut.

Katanya, sumbangan itu membantu persediaan raya yang disambut secara sederhana.

“Ini kali pertama saya dapat bantuan, jadi dapat ringankan beban menjelang raya,” katanya.

Mohd Amirul Izwan, 37, ditemani isteri Suhaila Mazlan ketika menerima sumbangan dalam Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Asnaf DUN Tanjung Sepat di Dewan Kebudayaan Homestay Pantai Batu Laut, Kuala Langat pada 17 Mac 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.