SHAH ALAM, 15 MAC: Karnival Mantai anjuran Kerajaan Selangor dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri akan berlangsung selama 24 jam di Shah Alam pada Selasa ini menawarkan jualan 10,000 kilogram daging segar.
Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri berkata turut dibawa 4,000 ayam berharga RM10 seekor selain hasil laut dan sayur-sayuran sekali gus memudahkan orang ramai mendapatkan kelengkapan Aidilfitri.
“Daging dijual RM30 sekilo tapi dalam masa sama kita juga agihkan baucar RM5, jadi pelanggan hanya bayar RM25 untuk satu kilogram daging. Harga yang berpatutan dan lebih murah berbanding pasaran.
“Karnival ini merupakan intervensi bersasar. Bukan sahaja beri fokus kepada barangan asas seperti ayam, daging sebaliknya juga merangkumi keperluan lain termasuk Jualan Ehsan Rahmah barangan perayaan lain,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan program Semarak Syawal 1447@Pasar Tani Peringkat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di Pasar Tani Stadium Shah Alam di sini hari ini.
Awal bulan ini, EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim selain Shah Alam, karnival melibatkan peruntukan berjumlah RM100,000 itu turut dijalankan di Beranang.Menurutnya karnival bermula esok hingga 19 Mac itu bertujuan membantu orang ramai mendapatkan barangan dapur pada harga lebih rendah menjelang Aidilfitri.









