Api menjulang tinggi, empat kilang musnah dalam kebakaran di Balakong

15 Mac 2026, 12:51 AM
Api menjulang tinggi, empat kilang musnah dalam kebakaran di Balakong

SHAH ALAM, 15 MAC: Empat kilang di Taman Cheras Jaya, Balakong musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi, dengan api menjulang tinggi sebelum berjaya dikawal pasukan bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.24 malam.

Susulan itu, katanya jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussin Onn segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

“Kebakaran melibatkan empat kilang dan api berjaya dikawal daripada terus merebak pada 10.18 malam. Tahap kemusnahan bagi setiap kilang masing-masing dianggarkan 50 peratus, 80 peratus, 90 peratus dan 100 peratus,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Menurut beliau, operasi pemadaman masih diteruskan di tiga premis yang terjejas, manakala Unit Dron turut dihantar ke lokasi bagi membantu pemantauan dan penilaian situasi kebakaran.

Operasi tersebut turut mendapat bantuan daripada beberapa balai bomba lain termasuk BBP Seri Kembangan, BBP Kajang, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Cheras, BBP Bangi dan BBP Petaling Jaya, selain sokongan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Serdang dan pihak polis.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.