Tengku Permaisuri serikan Selangor Havoc Fest 2026, bertemu pengunjung, peniaga

14 Mac 2026, 1:44 AM

SHAH ALAM, 14 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat ke Selangor Havoc Fest 2026 di Pusat Konvensyen Setia City Setia Alam di sini, malam tadi.

Keberangkatan baginda disambut oleh EXCO Keusahawanan, Mohd Najwan Halimi, yang turut bersama dalam acara perasmian festival tersebut.

Tengku Permaisuri Selangor kemudian meluangkan masa beramah mesra dengan peniaga serta pengunjung, selain meninjau pelbagai produk yang ditawarkan termasuk makanan, pakaian dan barangan persiapan Aidilfitri.

Kehadiran Baginda menceriakan peniaga dan pengunjung yang hadir ke festival yang berlangsung 96 jam tanpa henti, mulai 12 hingga 16 Mac itu.

Selangor Havoc Fest 2026 menghimpunkan kira-kira 300 gerai jualan, dengan 66 daripadanya menawarkan pelbagai jenis makanan kepada pengunjung.

Seramai 1.5 juta pengunjung disasar mengunjungi festival berkenaan yangg menawarkan hadiah cabutan bertuah berjumlah RM50,000 termasuk wang tunai, emas dan motosikal sebagai menghargai pengunjung.

Sepanjang 96 jam penganjuran, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan pentas, penampilan artis dan pempengaruh popular, aktiviti khas kanak-kanak serta program keagamaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.