Mangsa banjir Sabah naik 300 orang

12 Mac 2026, 3:34 AM
Mangsa banjir Sabah naik 300 orang

KOTA KINABALU, 12 MAC: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 300 orang daripada 93 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 270 mangsa daripada 82 keluarga keluarga semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 30 kampung di daerah Paitan kini terjejas, dan lima pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan.

PPS itu ialah Pusat Komuniti Batagon Darat, PPS Gereja PCS Purubatu, PPS Surau Nur Hikmah Kampung Kaindangan, PPS Dewan SK Lubang Buaya dan PPS Dewan Terbuka Daerah.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman negeri itu akan mengalami ribut petir sepanjang hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.