SHAH ALAM, 11 MAC: Penduduk sekitar Kampung Kuala Garing Selatan dijemput menyertai Program Hari Kesihatan Bersama Penduduk Kg Kuala Garing Selatan yang akan diadakan pada Ahad ini.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang Chua Wei Kiat memaklumkan program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan serta menggalakkan komuniti mengamalkan gaya hidup sihat.
Menurutnya, program itu turut menyediakan beberapa perkhidmatan kesihatan kepada penduduk yang hadir.
“Antara rawatan yang disediakan termasuk penyelarasan dan pembetulan tulang serta akupunktur bagi membantu meningkatkan kesejahteraan kesihatan masyarakat setempat,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Program berkenaan akan berlangsung pada 15 Mac 2026 (Ahad) bermula 8.30 pagi hingga 12 tengah hari di Tokong Kampung Kuala Garing Selatan.
Penganjur memaklumkan pendaftaran terakhir bagi mendapatkan rawatan adalah pada 11.30 pagi.
Penduduk sekitar digalakkan hadir bukan sahaja untuk mendapatkan rawatan, malah mengambil peluang bertemu dan beramah mesra dengan komuniti setempat.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Ms Yeong di talian 017-6732401.








