Tiga premis musnah terbakar di Klang

9 Mac 2026, 8:52 AM
Tiga premis musnah terbakar di Klang

SHAH ALAM, 9 MAC: Tiga kilang musnah dalam kebakaran di Jalan Kapar, Batu 9 1/2, Kampung Perapat, Klang hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kebakaran membabitkan tiga lot kilang bangunan kelas C.

“Kilang pertama terdiri daripada bengkel kenderaan terbakar 50 peratus. Kilang kedua adalah kilang kitar semula terbakar 100 peratus.

“Manakala lot ketiga adalah stor penyimpanan cat yang juga terbakar 100 peratus," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 1.44 petang sebelum sepasukan 31 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, Klang Utara, Pelabuhan Klang, Klang Selatan, Andalas dan Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian ini. Kebakaran ketika ini belum berjaya dikawal ekoran tiada punca sumber air terbuka di tempat kejadian,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.