Jualan Ehsan Rahmah esok di enam lokasi, ayam RM10

9 Mac 2026, 11:00 AM
Jualan Ehsan Rahmah esok di enam lokasi, ayam RM10

SHAH ALAM, 9 MAC: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dijayakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama strategik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di enam lokasi esok.

Jualan murah dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari itu menawarkan ayam seekor (RM10), daging pejal (RM10/pek), telur jenis B (RM9 sepapan), ikan (RM6.50/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM12).

Turut dijual ialah tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM14.00) dan lampin bayi pakai buang (RM8).

Berikut lokasi JER:

Pada 2023, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.