Jalan Sekolah 1 Kampung Kenanga dinaik taraf, projek RM130,000 siap

9 Mac 2026, 7:00 AM
Jalan Sekolah 1 Kampung Kenanga dinaik taraf, projek RM130,000 siap
Jalan Sekolah 1 Kampung Kenanga dinaik taraf, projek RM130,000 siap

SHAH ALAM, 9 MAC: Projek penurapan Jalan Sekolah 1 di Kampung Kenanga, Rawang bernilai RM130,000 siap sepenuhnya pada Disember lalu bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata kerja penambahbaikan sepanjang kira-kira 500 meter itu dilaksanakan selepas keadaan jalan rosak teruk selain bahu jalan dipenuhi semak.

“Jalan ini merupakan laluan utama penduduk Kampung Kenanga serta digunakan ibu bapa dan pelajar ke sekolah setiap hari.

“Keadaan sebelum ini membimbangkan kerana permukaan jalan rosak dan bahu jalan dipenuhi semak,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, Chua Wei Kiat

Menurutnya, kerja penurapan bermula Oktober 2025 sebelum siap sepenuhnya pada Disember tahun sama.

Beliau berkata usaha menambah baik infrastruktur akan terus diberi perhatian bagi memastikan kemudahan asas di DUN Rawang berada dalam keadaan baik.

Sementara itu, RM33,100 turut disalurkan kepada masjid dan surau di kawasan berkenaan bagi membantu pengurusan serta penganjuran program sepanjang Ramadan.

Wei Kiat berharap sumbangan tersebut dapat membantu mengimarahkan Ramadan selain meringankan beban pengurusan institusi keagamaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, Chua Wei Kiat menyerahkan sejumlah RM33,100 kepada masjid dan surau sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan bagi membantu pengurusan serta penganjuran program sepanjang bulan Ramadan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.