Longkang tersumbat, mendapan pasir punca banjir kilat di Serendah

8 Mac 2026, 12:30 PM
Longkang tersumbat, mendapan pasir punca banjir kilat di Serendah
Longkang tersumbat, mendapan pasir punca banjir kilat di Serendah
Longkang tersumbat, mendapan pasir punca banjir kilat di Serendah

SHAH ALAM, 8 MAC: Kerja penyelenggaraan sistem saliran akan dilaksanakan segera di Taman Desa Kiambang, Serendah bagi mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku susulan hujan lebat minggu lalu.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Zon 16, Alylwin Chan Wai Tuck berkata satu lawatan tapak telah diadakan bersama pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Hulu Selangor bagi menilai keadaan sebenar di kawasan terjejas.

Menurutnya, hasil tinjauan mendapati beberapa punca utama dikenal pasti termasuk longkang tersumbat, kawasan air bertakung serta sungai yang dipenuhi mendapan pasir, sekali gus menjejaskan kelancaran aliran air.

“Beberapa hotspot turut dikenal pasti dan memerlukan kerja pembersihan serta penyelenggaraan segera bagi memastikan aliran air kembali lancar.

“Langkah ini penting bagi mengurangkan risiko banjir kilat berulang di kawasan tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata tindakan susulan akan dilaksanakan melalui kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan bagi memastikan masalah itu ditangani secara menyeluruh.

Katanya, kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti setempat amat penting supaya isu yang menjejaskan keselamatan serta kesejahteraan penduduk dapat diselesaikan dengan lebih pantas.

“Isu yang melibatkan rakyat tidak boleh dibiarkan berlarutan. Tindakan susulan akan dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan langkah penambahbaikan yang dirancang benar-benar memberi manfaat kepada penduduk,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.