Projek ECRL di Selangor catat kemajuan 80.68 peratus, Stesen Gombak masuk fasa akhir

6 Mac 2026, 2:55 PM
Projek ECRL di Selangor catat kemajuan 80.68 peratus, Stesen Gombak masuk fasa akhir
Projek ECRL di Selangor catat kemajuan 80.68 peratus, Stesen Gombak masuk fasa akhir
Projek ECRL di Selangor catat kemajuan 80.68 peratus, Stesen Gombak masuk fasa akhir

GOMBAK, 6 MAC: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor mencatat kemajuan 80.68 peratus bagi jajaran negeri ini, daripada keseluruhan projek yang kini mencapai 91.7 peratus.

Pegawai Daerah Gombak, Nor Azlina Abdul Aziz berkata pembangunan projek rel berimpak tinggi itu berjalan mengikut jadual, termasuk kerja-kerja pembinaan infrastruktur, pemasangan sistem rel dan kereta api.

Pegawai Daerah Gombak Nor Azlina Abdul Aziz berucap ketika majlis Ihya' Ramadhan DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya serta Perasmian Masjid Darul Ulum , Gombak pada 6 Mac 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Kerja-kerja seni bina dan kemasan bangunan di Stesen Penumpang ECRL Gombak kini memasuki fasa penyiapan akhir,” katanya ketika menyampaikan sembah ucapan pada majlis berbuka puasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama rakyat di Masjid Darul Ulum hari ini.

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencapai penembusan Terowong Gombak sepanjang 959 meter, sebulan lebih awal daripada jadual ditetapkan ketika tinjauan di Kampung Batu 12, Gombak pada 29 Oktober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Laluan ECRL merangkumi jajaran sepanjang 665 km, dengan kira-kira 92 km terletak di Selangor.

Projek itu dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026 dan mula beroperasi pada Januari 2027.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Amirudin Shari menegaskan bahawa projek ECRL akan membuka peluang baharu untuk aktiviti ekonomi, logistik dan perdagangan di Selangor.

Merujuk Pelan Induk Guna Tanah Bersepadu ECRL, beliau berkata setiap lima stesen di Selangor direka untuk memenuhi peranan strategik tertentu, sejajar dengan objektif meningkatkan kemudahan pengangkutan dan pertumbuhan ekonomi negeri.

Berikut senarai stesen di Selangor dan fungsi masing-masing:

  • Stesen Terminal Bersepadu Gombak – Pintu masuk penumpang ke Wilayah Pantai Timur

  • Stesen Bandar Serendah – Hab logistik utama

  • Stesen Puncak Alam – Pacu sektor pelancongan warisan

  • Stesen Kapar – Kawasan industri bernilai tinggi

  • Stesen Jalan Kastam – Pintu masuk antarabangsa

Dalam pada itu, Nor Azlina turut memaklumkan bahawa projek naik taraf Sungai Batu dan kawasan sekitar Fasa 2, yang bermula pada Februari 2025, menunjukkan kemajuan memberangsangkan dengan capaian 35 peratus setakat ini.

Kos projek dianggarkan RM5 juta dan dijangka dapat mengurangkan impak banjir di beberapa lokasi hot spot di kawasan berdekatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.