Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu bermula RM125, operasi Disember

19 Okt 2026, 4:04 AM
Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu bermula RM125, operasi Disember
Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu bermula RM125, operasi Disember
Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu bermula RM125, operasi Disember
Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu bermula RM125, operasi Disember

SHAH ALAM, 19 OKT: Tambang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu ditetapkan bermula RM125 untuk perkhidmatan Transit Kelas Ekonomi, menjelang operasi komersial yang dijadualkan bermula pertengahan Disember ini.

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memaklumkan, tambang perkhidmatan Ekspres bagi laluan sama sejauh 523 kilometer pula bermula RM147, lapor Berita Harian.

Menurutnya, kerajaan meluluskan cadangan struktur tambang berkenaan pada 16 Oktober lalu dengan menggunakan mekanisme harga dinamik, yang membolehkan kadar tambang berubah mengikut faktor penetapan harga.

Bagi perjalanan dari Gombak ke Kuala Terengganu, tambang Transit bermula RM95, manakala perkhidmatan Ekspres ditawarkan bermula RM110.

Sementara itu, pengguna yang menuju ke KotaSAS boleh mendapatkan tambang Transit serendah RM60, manakala perkhidmatan Ekspres bermula RM68.

Pelaksanaan struktur tambang itu merupakan antara persiapan menjelang pembukaan operasi komersial ECRL yang bakal menghubungkan Gombak dengan destinasi utama di Pantai Timur.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.