ECRL tawar diskaun tiket 30 peratus mulai 12 Disember

20 Okt 2026, 5:43 AM
ECRL tawar diskaun tiket 30 peratus mulai 12 Disember
ECRL tawar diskaun tiket 30 peratus mulai 12 Disember
ECRL tawar diskaun tiket 30 peratus mulai 12 Disember
ECRL tawar diskaun tiket 30 peratus mulai 12 Disember
ECRL tawar diskaun tiket 30 peratus mulai 12 Disember

SHAH ALAM, 20 OKT: Pengguna Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal menikmati diskaun tiket kelas ekonomi sebanyak 30 peratus selama sebulan bermula 12 Disember ini, sempena pembukaan perkhidmatan rel berkenaan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, tawaran itu diberikan kepada pengguna yang tidak menikmati kadar konsesi bagi membolehkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan ECRL pada kadar lebih rendah.

Menurutnya, golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas kekal menikmati diskaun 50 peratus, manakala pelajar turut menerima kadar konsesi.

“ECRL dijangka memulakan perkhidmatan pada 12 Disember ini. Jadi kita akan memulakan penjualan tiket tidak lama lagi dan bagi bulan pertama ini, orang ramai akan menikmati diskaun 30 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Transport Expo Asia (TXA) di sini, hari ini, lapor Harian Metro.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak memaklumkan Jemaah Menteri meluluskan diskaun 50 peratus kepada kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun, warga emas warganegara Malaysia berusia 60 tahun ke atas, pemegang kad OKU dan pesara kerajaan.

Sementara itu, pelajar berusia 13 hingga 24 tahun layak menikmati diskaun 40 peratus menerusi kadar konsesi yang diluluskan.

Bagi perjalanan Gombak ke Kota Bharu sejauh 523 kilometer, tambang kelas ekonomi dilaporkan bermula RM125 sehala, manakala perkhidmatan ekspres bagi laluan sama bermula RM147.

Perjalanan Gombak ke Kuala Terengganu sejauh 378 kilometer pula menawarkan tambang transit bermula RM95 sehala dan ekspres RM110, manakala laluan Gombak ke KotaSAS sejauh 209 kilometer bermula RM60 bagi transit dan RM68 untuk ekspres.

ECRL turut menawarkan pilihan perkhidmatan transit dan ekspres dengan kapasiti tren sehingga 425 penumpang bagi konfigurasi kelas ekonomi sepenuhnya serta 409 penumpang bagi konfigurasi gabungan kelas perniagaan dan ekonomi.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.