Gempa bumi kuat landa Sumatera Utara, gegaran turut dirasai di Malaysia

3 Mac 2026, 6:33 AM
Gempa bumi kuat landa Sumatera Utara, gegaran turut dirasai di Malaysia

SHAH ALAM, 3 MAC: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 melanda luar pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada jam 12.56 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gegaran turut dirasai di sekitar negeri di utara pantai barat Semenanjung Malaysia dan kawasan sekitarnya.

Menurutnya, gempa itu berpusat pada koordinat 2.0 darjah utara dan 96.5 darjah timur pada kedalaman 10 kilometer (km).

"Lokasi gempa berada kira-kira 112 kilometer tenggara dari Simeulue, Indonesia.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran supaya mengisi borang soal selidik menerusi pautan https://forms.gle/xbJD3PhHLATFYvzi9 bagi membantu pengumpulan maklumat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.