Butik pengantin antara tiga premis terbakar, tiada mangsa terlibat

3 Mac 2026, 2:04 AM
Butik pengantin antara tiga premis terbakar, tiada mangsa terlibat
Butik pengantin antara tiga premis terbakar, tiada mangsa terlibat

SHAH ALAM, 3 MAC: Butik pengantin, kedai runcit dan sebuah rumah terbakar dalam kejadian di Jalan Sungai Saim, Kampung Rantau Panjang, Klang pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan jam 6.52 pagi.

"Sepasukan 12 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara dan Klang Selatan digerakkan ke lokasi," katanya menerusi kenyataan.

Katanya, kebakaran melibatkan sebuah rumah satu tingkat, butik pengantin dan kedai runcit.

"Rumah kelas A satu tingkat terbakar 30 peratus, butik pengantin terbakar 98 peratus manakala sebuah kedai runcit terbakar 80 peratus," jelasnya.

Tambah beliau, tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

Apa reaksi anda?