Dapatkan aneka barang dapur murah di tujuh lokasi Jualan Ehsan Rahmah esok

27 Feb 2026, 1:00 PM

SHAH ALAM, 27 FEB: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dijayakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama strategik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di tujuh lokasi esok.

Jualan murah itu menawarkan ayam seekor (RM10), daging pejal (RM10/pek), telur jenis B (RM9 sepapan), ikan (RM6.50/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM12).

Turut dijual ialah tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM14.00) dan lampin bayi pakai buang (RM8).

Berikut lokasi JER:

Pada 2023, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Apa reaksi anda?