Kempen SAMA Media Selangor pacu pertumbuhan usahawan IKS

12 Feb 2026, 1:01 PM
Kempen SAMA Media Selangor pacu pertumbuhan usahawan IKS
Kempen SAMA Media Selangor pacu pertumbuhan usahawan IKS
Kempen SAMA Media Selangor pacu pertumbuhan usahawan IKS
Kempen SAMA Media Selangor pacu pertumbuhan usahawan IKS

SHAH ALAM, 12 FEB: Kempen SAMA Media Selangor terbukti menjadi pemangkin kepada pertumbuhan usahawan tempatan, khususnya dalam industri kecil dan sederhana (IKS), dengan membuka peluang untuk memperkenalkan produk mereka ke peringkat nasional.

Eksekutif Komunikasi Jenama GM Klang Nurhani Yasmeen Mohd Zainan berkata penglibatan tiga usahawan daripada segmen berbeza di GM Klang dalam kempen itu memberikan impak positif kepada perkembangan perniagaan mereka.

Eksekutif Komunikasi Jenama GM Klang Nurhani Yasmeen Mohd Zainan

“Kempen SAMA bukan sahaja menjadi inisiatif yang baik untuk melonjakkan perniagaan ke tahap seterusnya, malah memberi peluang kepada usahawan mengenal pasti minat pelanggan berpotensi serta memperoleh liputan yang lebih meluas di seluruh negara.

"Selain itu, saya turut berharap kerjasama strategik antara GM Klang dan Media Selangor dapat diteruskan serta dikembangkan pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di Hotel Wyndham Acmar Klang, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Selangor, Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree menyempurnakan majlis pelancaran kempen SAMA yang diadakan bersempena Townhall Media Selangor di Klang pada 11 Februari 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN

Majlis pelancaran kempen SAMA diadakan bersempena Townhall Media Selangor dan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Selangor Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree.

Bagi Pengusaha Miezad Enterprise Nur Adzila Fasha Abdul Rahman, platform yang disediakan menerusi Kempen SAMA memberi kelebihan besar kepada usahawan untuk memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai.

Pengusaha Miezad Enterprise Nur Adzila Fasha Abdul Rahman

“Kami menawarkan pelbagai jenis kerepek yang sesuai untuk kegunaan setiap perayaan dan majlis rasmi. Peluang yang diberikan ini juga dapat membantu mengetengahkan peniaga IKS melalui platform dalam talian,” ujarnya.

Pengasas Sate Faris Muhammad Faris, pula menekankan impak ketara kerjasama bersama Media Selangor dari segi pemasaran dan capaian jualan.

Pengasas Sate Faris Muhammad Faris

“Sambutan jualan pada program Townhall Media Selangor ini amat memberangsangkan selain kami turut menawarkan diskaun istimewa kepada pelanggan yang membuat pembelian secara pukal sempena Aidilfitri,” katanya.

Eksekutif Pemasaran Sumatraa Khazlania Johari, menyifatkan Kempen SAMA sebagai peluang untuk mengekalkan kualiti produk sambil memperluaskan jaringan pelanggan.

Eksekutif Pemasaran Sumatraa Khazlania Johari

“Program Townhall Media Selangor ini turut membuka ruang kepada syarikat kami untuk memperkenalkan produk kepada warga kerja Media Selangor yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya,” tambahnya.

Sementara itu, Eksekutif Pemasaran Kek Lapis SarawaK Md Farizan Mohd Onar, berkata enam perisa kek lapis ditawarkan sepanjang program tersebut dengan perisa masam manis menerima sambutan paling menggalakkan.

Eksekutif Pemasaran Kek Lapis SarawaK Md Farizan Mohd Onar

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Media Selangor atas peluang yang diberikan untuk memperkenalkan produk kepada khalayak lebih luas dan berharap jualan kek lapis Sarawak terus meningkat menerusi Kempen SAMA Media Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Kluster Penjanaan Hasil Media Selangor Nursuziana Zulkifli berkata kempen ini mencerminkan evolusi Media Selangor sebagai entiti perniagaan pelbagai yang merangkumi pengurusan acara, seminar, kempen komunikasi dan pengurusan krisis selari dengan landskap industri semasa.