EXCO: Selangor sasar empat emas muay thai SUKMA 2026

7 Feb 2026, 10:00 AM
EXCO: Selangor sasar empat emas muay thai SUKMA 2026
EXCO: Selangor sasar empat emas muay thai SUKMA 2026
EXCO: Selangor sasar empat emas muay thai SUKMA 2026
EXCO: Selangor sasar empat emas muay thai SUKMA 2026

SHAH ALAM, 7 FEB: Kerajaan Negeri menyasarkan sukan muay thai mampu menyumbang sekurang-kurangnya empat pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos ini.

EXCO Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi berkata, meskipun muaythai masih dianggap sukan yang baharu dipertandingkan dalam SUKMA di Selangor, tahap kesiapsiagaan atlet kini telah mencapai kira-kira 90 peratus.

“Kita menyasarkan sekurang-kurangnya empat pingat emas bagi sukan muay thai pada SUKMA nanti. Buat masa ini, persatuan giat menjalankan latihan berfokus bagi mencapai sasaran tersebut.

“Walaupun Selangor Muay Thai League 1.0 julung kali dianjurkan, kebanyakan peserta sudah aktif bersama kelab kecil sebelum ini.

"Insya-Allah, menerusi penganjuran liga ini, ia menjadi titik permulaan kepada usaha memperkukuh dan mengembangkan pembangunan muaythai di Selangor,” katanya kepada Media Selangor.

EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi bergambar bersama peserta Selangor Muay Thai League 1.0 di Glorious Fight Club, Seksyen 25, Shah Alam pada 7 Februari 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Selangor Muay Thai League 1.0 yang berlangsung di Glorious Fight Club, Seksyen 25, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Najwan berkata sukan muaythai kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat berbanding sebelum ini apabila ia sering disalah tafsir sebagai sukan ganas.

“Sebelum ini, segelintir ibu bapa beranggapan muay thai merupakan sukan ganas atau melibatkan sentuhan fizikal yang agresif, namun persepsi itu kini kian berubah apabila semakin ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka menyertai muaythai pada usia muda.

“Sebenarnya, muay thai bukan sahaja membina kekuatan fizikal, malah turut menerapkan nilai disiplin dan rasa hormat dalam kalangan peserta,” katanya.