SHAH ALAM, 5 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut di Kuala Lumpur hingga 9 malam.
Amaran sama turut melibatkan empat daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
MetMalaysia meramalkan cuaca sama melanda beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor dan Sarawak.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.
Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.
Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.



