PM: Malaysia kekal di landasan pertumbuhan positif, ekonomi berdaya tahan

5 Feb 2026, 9:22 AM
PM: Malaysia kekal di landasan pertumbuhan positif, ekonomi berdaya tahan
PM: Malaysia kekal di landasan pertumbuhan positif, ekonomi berdaya tahan
PM: Malaysia kekal di landasan pertumbuhan positif, ekonomi berdaya tahan

KUALA LUMPUR, 5 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus berada pada landasan pertumbuhan positif iaitu berdaya tahan, inklusif dan ditadbir dengan integriti.

Beliau berkata negara hari ini berada pada landasan yang lebih kukuh, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka berkembang kira-kira 4.9 peratus pada 2025 manakala inflasi terkawal pada 1.6 peratus.

“Keyakinan pelaburan kembali meningkat selepas Malaysia berada pada kedudukan lebih kukuh, dengan KDNK dijangka berkembang dan inflasi terkawal - petunjuk positif mengenai pengurusan fiskal yang berdisiplin dan langkah kerajaan lebih tegas dalam tadbir urus,” kata beliau dalam ucaptama pada Forum Ekonomi Malaysia 2026 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.