Hayati sejarah, elak AI hakis identiti bangsa - Anwar

29 Okt 2026, 10:15 AM
Hayati sejarah, elak AI hakis identiti bangsa - Anwar

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Penghayatan sejarah semakin penting bagi memastikan kemajuan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak menghakis nilai, budaya dan identiti bangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sejarah bukan sekadar untuk dihafal, sebaliknya perlu dihayati sebagai asas pembentukan jati diri, pengukuhan semangat kebangsaan dan penyemaian rasa cinta kepada negara.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata perkara itu ditegaskan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sejarawan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.

Beliau menegaskan bahawa Majlis berkenaan memainkan peranan penting sebagai tonggak pemeliharaan warisan sejarah dan sumber rujukan utama negara.

Perdana Menteri berkata sejarah negara perlu terus dipelihara berlandaskan fakta dan penyelidikan sahih.

Pada masa sama, beliau berkata sejarah perlu disampaikan menerusi pendekatan lebih segar dan dekat dengan generasi muda demi membina masa depan negara yang berpaksikan jati diri nasional.

-- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.