MB: Thaipusam simbol perpaduan dan kebebasan beragama di Selangor

31 Jan 2026, 2:01 AM
MB: Thaipusam simbol perpaduan dan kebebasan beragama di Selangor
MB: Thaipusam simbol perpaduan dan kebebasan beragama di Selangor
MB: Thaipusam simbol perpaduan dan kebebasan beragama di Selangor
MB: Thaipusam simbol perpaduan dan kebebasan beragama di Selangor

SHAH ALAM, 31 JAN: Dato' Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menegaskan bahawa sambutan Thaipusam bukan sahaja mempunyai makna besar kepada masyarakat India, malah menjadi simbol perpaduan, kebebasan beragama dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Selangor.

Menerusi hantaran di Facebook, Amirudin berkata Thaipusam merupakan perayaan yang cukup signifikan kepada masyarakat India di Selangor dan Malaysia, lebih-lebih lagi apabila tumpuan masyarakat dari seluruh negara dan luar negara terarah ke Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves.

Menurut beliau, sebagai Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Negeri Sungai Tua, sambutan Thaipusam membawa makna yang istimewa kerana Batu Caves menjadi pusat utama perayaan itu setiap tahun.

Katanya, Thaipusam diraikan sebagai simbol pengorbanan untuk mengatasi nafsu dan keinginan bagi menewaskan kejahatan, antaranya melalui amalan berpuasa, mengangkat kavadi serta menunaikan hajat kepada Dewa Murugan.

"Dalam masyakarat yang mempunyai pelbagai kepercayaan, Selangor terus teguh menjaga kehormatan dan kebebasan beragama serta adat resam berbilang bangsa," katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Amirudin menegaskan bahawa Selangor kekal komited memelihara kehormatan, kebebasan beragama serta adat resam semua kaum dalam sebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai kepercayaan.

"Thaipusam diraikan sebagai simbol pengorbanan mengatasi nafsu dan keinginan bagu mengalahkan kejahatan dengan berpuasa, mengangkat Kavadi atau membawa hajat pada Dewa Murugan.

"Dalam masyakarat yang mempunyai pelbagai kepercayaan, Selangor terus teguh menjaga kehormatan dan kebebasan beragama serta adat resam berbilang bangsa," katanya.

Beliau turut berkata sambutan Thaipusam bukan sahaja menarik kehadiran penganut Hindu, malah pelancong yang ingin menyaksikan keunikan perayaan tersebut, yang merupakan perayaan kedua terbesar bagi penganut Hindu selepas Deepavali.

Sehubungan itu, Amirudin menyeru semua pihak agar terus menyemai nilai perpaduan, saling menghormati dan bertolak ansur demi memastikan Selangor kekal aman dan makmur.

"Bersama-sama kita terus menyemai nilai perpaduan, saling menghormati dan bertolak ansur demi memastikan Selangor kekal aman dan makmur," katanya.

Beliau turut mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadat dan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua yang terlibat, sambil berharap semangat perayaan itu terus mengeratkan silaturahim serta membawa kesejahteraan kepada semua.

Semalam, Amirudin mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan tapak sempena Majlis Sambutan Perayaan Thaipusam Peringkat Negeri yang akan berlangsung di Kuil Sri Subramaniar Swamy hari ini.