Baucar Aidilfitri RM200 untuk penduduk Bandar Utama dibuka hari ini

30 Jan 2026, 8:54 AM
Baucar Aidilfitri RM200 untuk penduduk Bandar Utama dibuka hari ini
Baucar Aidilfitri RM200 untuk penduduk Bandar Utama dibuka hari ini
Baucar Aidilfitri RM200 untuk penduduk Bandar Utama dibuka hari ini
Baucar Aidilfitri RM200 untuk penduduk Bandar Utama dibuka hari ini

SHAH ALAM, 30 JAN: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama yang akan menyambut Aidilfitri boleh memohon baucar membeli-belah bernilai RM200 bermula hari ini.

Wakil rakyatnya berkata permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang diimbas menerusi kod QR pada poster dan dihantar selewat-lewatnya pada atau sebelum 14 Februari ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bandar Utama.

“Sempena sambutan Aidilfitri 2026, baucar RM200 disediakan khas kepada penduduk DUN Bandar Utama yang layak bagi membantu persiapan perayaan.

"Setiap permohonan perlu disertakan salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan, slip pendapatan serta dokumen sokongan seperti surat cerai atau sijil kematian jika berkaitan," kata Jamaliah Jamaluddin.

Antara syarat kelayakan ditetapkan ialah pemohon merupakan pengundi DUN Bandar Utama, menyambut Aidilfitri, pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah dan hanya satu permohonan dibenarkan bagi setiap keluarga.

Beliau berkata pemohon atau pasangan yang menerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) atau Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) tidak layak memohon bantuan tersebut.

“Permohonan yang tidak lengkap atau tanpa dokumen sokongan tidak akan diproses. Kuota adalah terhad dan hanya pemohon yang layak akan dihubungi pusat khidmat,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Khidmat DUN Bandar Utama di talian 03-7726 0441 atau WhatsApp 011-3934 1073.